Pages

Monday, March 23, 2020

KAMPUNG MALAYSIA RAYA

KAMPUNG MALAYSIA RAYA ini adalah sebuah kampung yang berada di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Ada kampung lagi ke kat Kuala Lumpur ni....?? Mai nak habaq.. Kampung ni terletak di sebelah dengan Terminal Bas Selatan (TBS) dan namanya sangat unik adalah kerana nama Kampung ni di abadikan dari sebuah kapal yang bernama 'MALAYSIA RAYA' yang membawa penumpang ke Mekah bagi mengerjakan haji. 

Kapal Malaysia Raya yang digunakan oleh kerajaan Malaysia 
membawa jemaah haji ke Mekah

Kenapa diabadikan nama kapal tersebut dengan kampung ni?? Apa kene mengena?? mesti persoalan ni yang akan lalu kat fikiran kan?? Sebabnya adalah salah seorang jemaah haji adalah penduduk kampung ni (sebelum ni nama kampung tersebut adalah Kampung Melayu Sungai Besi) dan kapal tersebut semasa nak pergi ambil jemaah haji dari Mekah untuk pulang ke tanah air, kapal tersebut telah terbakar di lautan India. dengan kejadian itu, jemaah haji terpaksa balik ke tanah air menggunakan kapal terbang. Berikutan daripada hal tersebut, pihak Malaysia mengambil keputusan semua jemaah haji tidak lagi menaikki kapal untuk ke Mekah dan perlu menaiki kapal terbang bagi tujuan megerjakan umrah ataupun menunaikan haji. Kapal 'MALAYSIA RAYA' merupakan kapal terakhir yang digunakan oleh jemaah Malaysia untuk ke Mekah. Jadi, oleh sebab itulah juga nama 'MALAYSIA RAYA' diabadikan di kampung ini.

Pintu Gerbang Kampung Malaysia Raya

Dengan keunikan cerita Kampung Malaysia Raya ni, kami telah mengambil keputusan untuk mengambil sejarah Kampung Malaysia Raya sebagai kajian kami dalam subjek Kenegaraan Malaysia. Kami terdiri daripada 6 orang ahli kumpulan telah bertemu Haji Zainuddin bin Amran selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Malaysia Raya dan juga beliau adalah anak kepada salah seorang jemaah haji yang menaiki kapal Malaysia Raya tersebut. 

Kajian kami telah divideokan dan selamat menonton.


Kampung Malaysia Raya ini juga mempunyai blognya sendiri http://kgmsiaraya.blogspot.com/. Didalam blog terdapat maklumat yang terperinci mengenai Kampung Malaysia Raya.

BERGELAR SEORANG PELAJAR PJJ



Hai Salam Sejahtera dan Salam Perkenalan

Saya Suzreen binti Sahaini nama diberi dan merupakan seorang pelajar pengajian jarak jauh  jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia bagi kemasukkan Julai 2019 dan memegang Nombor Matrik 269301.

Terdapat kebaikan dan keburukan sebagai seorang pelajar PJJ ni.

Antara kebaikannya adalah:-
1. Lebih matang dalam menerima ilmu berbanding masa kita abis belajar dulu (SPM)
2. Boleh belajar mengikut kesesuai diri
3. Lebih kreatif dan sifat terbuka dalam menerima ilmu
4. Lebih kental dari segi mental
5. Lebih berpengetahuan dan boleh digunakan dalam bidang kerja kita sekarang

Nak cerita kebaikan memang banyak yang indah. Kalau nak cerita keburukan memang takkan kemana kita ni.. So kekalkan positif dan bekalkan dengan azam serta semangat yang kuat juga diiringi doa-doa dari orang-orang yang tersayang...

AMINN... 

DALGONA COFFEE


Sedap betol nama sesedap rasanya..
Tengah buat kopi viral ke tu??
Sempena Perintah Kawalan Pergerakan ni, banyak benda viral yang kita dapat cuba dirumah bersama keluarga tercintakan.. antara nya DALGONA COFFEE ni la..


Ni resepinya kalau nak cuba sendiri kenikmatannya..

  • 2 sudu besar serbuk kopi (instant/BUKAN 3 in 1)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air panas
  • 200ml susu full cream
  • ais
CARA CARA WHISK DGN TANGAN :
  1. Pakai mangkuk besar dan bulat
  2. Whisk dengan laju sampai kental ( 5 - 7 minit )
CARA CARA PAKAI MIXER : 1. Pukul dengan kelajuan paling tinggi selama 2 minit

kredit: Limau Nipis





PERINGATAN MESRA

Tu diaaaa bak hangggg.... 
2 jam buat kerja rumah baru dapat bakar kalori tu... 
Pas tengok ni tak tertelan plak rasanya... tak pe la i try cket je buat lepas ngidam... 😉😉😉

Monday, March 16, 2020

JAGALAH KESIHATAN

Menurut laporan, COVID 19 boleh merosakkan buah pinggang dan melemahkan imunisasi badan manusia serta boleh mengakibatkan kerosakkan paru-paru. Jadi kita perlulah menjaga kebersihan diri dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri terkena wabak ini. 

Marilah kita mengamalkan kehidupan harian yang bersih dengan panduan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Sekiranya kita mengikuti panduan ini, sekurang-kurangnya kita dapat membantu dalam menyebaran virus ini.