Pages

Tuesday, April 7, 2020

FUN RUN WITH ANAK DARA aka AD

ASSALAMAUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Selepas kejadian larian aku ngan kawan-kawan ari tu.. kita try pulak lari with Family... huhu ngan bapak-bapak sekali aku angkot.. heheh.. Kami join Sparkle Fun Run 2019 di Taman Metroplitan Kepong.. Gigih weyh... hari kejadian hari Sabtu pastu kebetulan plak Sabtu Ahad punya kelas ada Mid Term.. perghhhhh.. pas Fun Run aku ngan somi Run ke kelas plak... huhu (diari seorang pelajar la katakan)

Pengalaman anak dara best la dia kata.. aku yang penat mengejar dia... dia ingat lari cam lumba lari.. jenuh mak nakkkk... lagi 1 yang best dia rasa sebab lari beramai-ramai ngan atok, acu, mak ngah, mak long, zara, faris dan kak min... Maklum la anak dara biasa sensorang je sebab sedara-sedara sume duduk kat selayang.. Bila aku ngan somi g keje dia pun g sekolah.. bila malam aku ngan dia je krik-krik kat rumah.. kalau abi dia cuti or keje pagi ada la kami bertiga memeriahkan rumah tu.. kalau tak begitu la malam-malam kami anak beranak.. hehe lari tajuk plak.. 

Lagi 1 tang best juga sebab larian ni ada dapat costume bagai.. so kami yang gugirl yang comey-comey belaka ni lari pakai tutu dan yang lelaki lari pakai rambut afro gitewww... ada la kelainan larian kali ni.. jom layan gambar..


With anak dara


Ahli larian yang lain dengan gaya masing-masing


Me with En.Somi


OTW ngah lari ada plak munga-munga comey ni...


Semestinya pose dengan yakin ye... huhu


Yeahhhh... dapat maddle... cantik kan maddle nya.. 
This is BIG WHY.. hakhakhak


Video buat tatapan masa larian sebab ada asap-asap bagai... huhu


So masa yang diambil untuk larian ni pun lebih kurang jugak.. tak sampai 1 jam.. sebabnya mengejar anak dara yang lari beriya macam ada orang keja dia dari belakang... 😂😂😂😂

So.. Next event pleaseeee.... 😜😜😜

LARI JANGAN TAK LARI

ASSLAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai.. Entry kali ni nak sembang-sembang mengenai FUN RUN... Apa pendapat korang mengenai FUN RUN??

Ok.. terus terang fisrt aku join larin Fun Run  ni masa ada Pinktober 2019.. tak ingat plak la tarikh nyer.. tapi yang pasti bulan Oktober tahun 2019 yang diadakan di IOI City Mall Putrajaya.. Jarak larian 5KM je.. kata FUN RUN kan.. so tujuan masuk adalah secara tak sengaja n suka-suka je nak try lari 5KM larat ke??... Aku g lari ngan 3 orang kawan aku.. opismate juga la.. Kak Rin, Tila dan Diana.. Aku ngan Kak Rin ni kira kategori besar la juga.. Diana ni kuwus comey.. yang Tila plak time ni dia dah sah mengandung.. huhu rezeki.. Kami beli ni bulan 7 centu rasanya.. so tak tau la termengandung plak time nak lari ni.. Harga larian ni agak mahal jugak.. tapi berbaloi aku rasa sbb dapat macam-macam kupon gift dan baju yang kami dapat pun agak berkualiti.. 

saat lari sensorang..


saat pose sensorang


Yeayhh... dah garisan penamat...


Pose jangan tak pose.. hehe


Comelkan maddle dia...salah satu Big WHY join FunRun..

So jom kita tengok masa yang diambil abiskan larian for the first time.. Erm.. tak sampai 1 jam pun.. agak ok la.. just lari pun lari anak je.. tak de la beriya nak lari.. so not bad juga pengalamannya.. untuk next boleh ajak anak dara lari sekali la ceni... yihaaaa....  

DARI KL KE ALOR STAR

ASSALAMAUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Jom nak share pengalaman naik ETS dari Kuala Lumpur ke Alor Setar... Orang tua kata jauh perjalanan luas pengalaman... Ni g trip org2 ppuan je.. Tujuan berjalan naik ETS ni saja nak bagi pengalaman kepada anak2 dan mama jugak... Bukan tak penah sampai Alor Star tapi nak rasa pengalaman lain sikit... yang join trip ni mama, Meknon, Makngah, along, angah yasmin, qisya dan I la...


So kita mula dulu perjalanan dari Kuala Lumpur.. Ofcouse la dari rumah.. I ngan Qisya je dari Maluri.. yang lain sume dari Selayang.. so memandangkan kami berdua je kita naik grab je.. sbb abi time tu kene keje... huhu so sad...


excited tuggu grab 


Dah sampai KL Central..

Naik grab tambang dalam RM 10 dari Cheras ke KL Central.. so semntara menunggu mereka-meraka dengan janji-janji melayu I ngan Qisya pun jenjalan dlu dengan Qisya.. 
Naik ETS dijangka dalam jam 1630 hrs dari Kl dan sampai dalam jam 2200hrs..


punya seronok naik ETS.. 


With my sister 'ah long'.. ramai confuse kami berdua
sebab macam kembar
 katanya... 😄😄😄


With Qisya dalam ETS


Mak ngah with my lover mum


Ni la antaranya ahli rombongan Mak cik Kiah

Sampai Alor Star dalam Jam 10 malam.. Qisya pun dah ngantok... setiba je kami dijemput oleh pak supir... iaitu suami sepupu kami yang memang orang tempatan Alor Star.. 


Sempat bergambar kat tangga pun jadi.. hehe


Lelaki tu la tuan tanah nye than yang berbunga di telinga 
tu sepupu kami... 

Muat ke amek kami yang ramai ni?? naik ape?? mereka amek kami nek 2 kereta bak hangggg... 1 suami kak lily bawa n 1 lagi kak lily yang bawak.. gigih kau nak menjemput kami.. so lepas tu kita lepak minum2 dulu.. 

Ha... tempat tido kami tak cite lagi kan... kami sepanjang 4 hari 3 malam kat sana (lamakan?) kami tidur di The Jerai Hotel.. Hotel dia sangat ok.. sebab nak ke Pekan rabu dan ke stesen KTM ni jalan kaki pun sampai.. dia berada di tengah-tengah kota Setar ni katanya... cuma hotel ni tak de kolam.. so qisya tak de la berpeluang nak tunjuk kehebatan berenang dia.. 😉😉😉😉 

sebelum Kakl lily anta kami ke hotel dia bawa kami g jalan-jalan bandar Alor Star dulu sebab katanya tak de kereta dan tak jem.. kami g padang alor star kot.. alamakk tak ingat la nama dia.. mengikut kak lily rumah yang lama tu adalah Istana singahsana.. so kalau ada kerabat diaraj ayang mangkat akan dibawa ke rumah tu.. ok tu je kami sempat sembang pun sebab sebuk mengambil gambar lagi... hehe


With My Anak Dara.. Muka mak dara dah rabak sangat ni... heheh

So... kami tamat la 1day to Alor Setar... Next Day kita sambung next Entry ye... Daaa...

Saturday, April 4, 2020

PRESENTATION YANG LEBIH MENARIK

ASSLAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai korang... hari nak share ilmu yang tak berapa nak ada ni.. tapi harap dapat membantu sedikit sebangyak bagi korang idea untuk buat presentation kat sekolah ke.. kat kolej ke.. kat opismate korang ke.. atau kat mana-mana yang korang nak buat presentation... 

Firstly, untuk presentation korang mesti terfikirkan mesti guna Microsoft Power Point yang memang tersedia dalam komputer or lappy korang kan... 

Ok je kalau guna Power Point tu.. tapikan kita ni dalam pembelajaran setiap masa... tak salah salah rasanya kalau korang keluar dari kebiasaan kan...

So yang selalu saya gunakan untuk presentation masa belajar ni adalah Amaze dan Prezi.. Cam biasa nak guna sebelum nak gunakan benda-benda ni kene la register dulu... tp simple je.. boleh login guna korang punya Id Facebook or Gmail..

Nak bagi contoh yang saya punya tak boleh masok pulak dalam blog ni.. so korang boleh je cari tutorial kat youtube..

Ok.. Daaa... 🙋🙋🙋


POLITEKNIK DIHATI

ASSLAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Kali ni nak belanja gambar masa kat Politeknik masa amek Diploma Teknologi Maklumat tahun 2006.. Dahsyat sangat gambar masa tu.. dulu rasa amek gambar gini dah abis power dah rasa.. maklumla masa tu zaman telefon tak bape nak pintar lagi.. sume amek gambar pakai camera NIKON jew.. kalau ingat masa agak kelakar la..

bukan kamera NIKON ni tau.. 
Ha.... Kamera ni la...

Dulu seronok sangat kalau dapat kamera ni.. sebab masa zaman 2006 ada lagi kamera yang pakai filem.. so ni dah canggih masa tu.. 😂😂😂

4 sahabat kat politeknik

Ni je rasa gambar yang elok dan comel sume.. kalau tak ada gambar yang goyang la.. kabur la.. walau pun cam kelabu asap tapi masih boleh la jadi kenangan..

Tu cerita dulu... tapi sekarang UUM dihati plak.. Alhamdulillah dah sambung belajar di UUM plak amek Ijazah.. kalau nak tau uum ni apa cuba la buat research... Insyallah diberi peluang lagi akan ke peringkat seterusnya... sama-sama kita doa yang baik-baik ye... AMINNN....  

MENGIMBAU KENANGAN

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA


Tengok tajuk pun macam sesuatukan?!..

Hari ni saje nak uji bakat dan pengtahuan yang ada sambil-sambil tengok tutorial Photoshop CS6. Katanya, banyak kelainan yang ada.. maklumla dulu i kerja sebagai designer kat satu syarikat buat iklan dalam 2 tahun jugak dan masa tu guna CS3 je..

Tengok paparan awal pun dah lain sangat..

Paparan Photoshop CS6

Jom kita try follow by tutorial yang ada kat youtube... sambil asah bakat yang ada.. 😁😁😁

Tutorial Photoshop CS6 - gambar

Tara.... hasilnya.... 

Ok jugak la hasilnya... Alhamdulillah... ala-ala pandang kehadapan giteww.... sama tak ngan tutorial?? nak bagi markah bape tu?? meh kita try ada text sikit kat gambar ek...

Tambah wording sikit

 Amacam?? ada kelainan la jugak kan... ok la ext time kita try Adobe After Effect pulak.. katanya lagi gembak... kalo yang buat editing video nanti kita try plak ye... 



Tutorial After Effect
Cam gempak kan... Next Time k... 

O.. lupe nak cerita.. untuk projek sem ni kami guna Adobe After Effect.. tapi yang simple je la.. bolah pergi  link projek  untuk tau selanjtnya...  Daaa... 🙋🙋🙋

Monday, March 23, 2020

KAMPUNG MALAYSIA RAYA

KAMPUNG MALAYSIA RAYA ini adalah sebuah kampung yang berada di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Ada kampung lagi ke kat Kuala Lumpur ni....?? Mai nak habaq.. Kampung ni terletak di sebelah dengan Terminal Bas Selatan (TBS) dan namanya sangat unik adalah kerana nama Kampung ni di abadikan dari sebuah kapal yang bernama 'MALAYSIA RAYA' yang membawa penumpang ke Mekah bagi mengerjakan haji. 

Kapal Malaysia Raya yang digunakan oleh kerajaan Malaysia 
membawa jemaah haji ke Mekah

Kenapa diabadikan nama kapal tersebut dengan kampung ni?? Apa kene mengena?? mesti persoalan ni yang akan lalu kat fikiran kan?? Sebabnya adalah salah seorang jemaah haji adalah penduduk kampung ni (sebelum ni nama kampung tersebut adalah Kampung Melayu Sungai Besi) dan kapal tersebut semasa nak pergi ambil jemaah haji dari Mekah untuk pulang ke tanah air, kapal tersebut telah terbakar di lautan India. dengan kejadian itu, jemaah haji terpaksa balik ke tanah air menggunakan kapal terbang. Berikutan daripada hal tersebut, pihak Malaysia mengambil keputusan semua jemaah haji tidak lagi menaikki kapal untuk ke Mekah dan perlu menaiki kapal terbang bagi tujuan megerjakan umrah ataupun menunaikan haji. Kapal 'MALAYSIA RAYA' merupakan kapal terakhir yang digunakan oleh jemaah Malaysia untuk ke Mekah. Jadi, oleh sebab itulah juga nama 'MALAYSIA RAYA' diabadikan di kampung ini.

Pintu Gerbang Kampung Malaysia Raya

Dengan keunikan cerita Kampung Malaysia Raya ni, kami telah mengambil keputusan untuk mengambil sejarah Kampung Malaysia Raya sebagai kajian kami dalam subjek Kenegaraan Malaysia. Kami terdiri daripada 6 orang ahli kumpulan telah bertemu Haji Zainuddin bin Amran selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Malaysia Raya dan juga beliau adalah anak kepada salah seorang jemaah haji yang menaiki kapal Malaysia Raya tersebut. 

Kajian kami telah divideokan dan selamat menonton.


Kampung Malaysia Raya ini juga mempunyai blognya sendiri http://kgmsiaraya.blogspot.com/. Didalam blog terdapat maklumat yang terperinci mengenai Kampung Malaysia Raya.

BERGELAR SEORANG PELAJAR PJJ



Hai Salam Sejahtera dan Salam Perkenalan

Saya Suzreen binti Sahaini nama diberi dan merupakan seorang pelajar pengajian jarak jauh  jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia bagi kemasukkan Julai 2019 dan memegang Nombor Matrik 269301.

Terdapat kebaikan dan keburukan sebagai seorang pelajar PJJ ni.

Antara kebaikannya adalah:-
1. Lebih matang dalam menerima ilmu berbanding masa kita abis belajar dulu (SPM)
2. Boleh belajar mengikut kesesuai diri
3. Lebih kreatif dan sifat terbuka dalam menerima ilmu
4. Lebih kental dari segi mental
5. Lebih berpengetahuan dan boleh digunakan dalam bidang kerja kita sekarang

Nak cerita kebaikan memang banyak yang indah. Kalau nak cerita keburukan memang takkan kemana kita ni.. So kekalkan positif dan bekalkan dengan azam serta semangat yang kuat juga diiringi doa-doa dari orang-orang yang tersayang...

AMINN... 

DALGONA COFFEE


Sedap betol nama sesedap rasanya..
Tengah buat kopi viral ke tu??
Sempena Perintah Kawalan Pergerakan ni, banyak benda viral yang kita dapat cuba dirumah bersama keluarga tercintakan.. antara nya DALGONA COFFEE ni la..


Ni resepinya kalau nak cuba sendiri kenikmatannya..

  • 2 sudu besar serbuk kopi (instant/BUKAN 3 in 1)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air panas
  • 200ml susu full cream
  • ais
CARA CARA WHISK DGN TANGAN :
  1. Pakai mangkuk besar dan bulat
  2. Whisk dengan laju sampai kental ( 5 - 7 minit )
CARA CARA PAKAI MIXER : 1. Pukul dengan kelajuan paling tinggi selama 2 minit

kredit: Limau Nipis





PERINGATAN MESRA

Tu diaaaa bak hangggg.... 
2 jam buat kerja rumah baru dapat bakar kalori tu... 
Pas tengok ni tak tertelan plak rasanya... tak pe la i try cket je buat lepas ngidam... 😉😉😉

Monday, March 16, 2020

JAGALAH KESIHATAN

Menurut laporan, COVID 19 boleh merosakkan buah pinggang dan melemahkan imunisasi badan manusia serta boleh mengakibatkan kerosakkan paru-paru. Jadi kita perlulah menjaga kebersihan diri dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri terkena wabak ini. 

Marilah kita mengamalkan kehidupan harian yang bersih dengan panduan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Sekiranya kita mengikuti panduan ini, sekurang-kurangnya kita dapat membantu dalam menyebaran virus ini.