Pages

Monday, March 23, 2020

KAMPUNG MALAYSIA RAYA

KAMPUNG MALAYSIA RAYA ini adalah sebuah kampung yang berada di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Ada kampung lagi ke kat Kuala Lumpur ni....?? Mai nak habaq.. Kampung ni terletak di sebelah dengan Terminal Bas Selatan (TBS) dan namanya sangat unik adalah kerana nama Kampung ni di abadikan dari sebuah kapal yang bernama 'MALAYSIA RAYA' yang membawa penumpang ke Mekah bagi mengerjakan haji. 

Kapal Malaysia Raya yang digunakan oleh kerajaan Malaysia 
membawa jemaah haji ke Mekah

Kenapa diabadikan nama kapal tersebut dengan kampung ni?? Apa kene mengena?? mesti persoalan ni yang akan lalu kat fikiran kan?? Sebabnya adalah salah seorang jemaah haji adalah penduduk kampung ni (sebelum ni nama kampung tersebut adalah Kampung Melayu Sungai Besi) dan kapal tersebut semasa nak pergi ambil jemaah haji dari Mekah untuk pulang ke tanah air, kapal tersebut telah terbakar di lautan India. dengan kejadian itu, jemaah haji terpaksa balik ke tanah air menggunakan kapal terbang. Berikutan daripada hal tersebut, pihak Malaysia mengambil keputusan semua jemaah haji tidak lagi menaikki kapal untuk ke Mekah dan perlu menaiki kapal terbang bagi tujuan megerjakan umrah ataupun menunaikan haji. Kapal 'MALAYSIA RAYA' merupakan kapal terakhir yang digunakan oleh jemaah Malaysia untuk ke Mekah. Jadi, oleh sebab itulah juga nama 'MALAYSIA RAYA' diabadikan di kampung ini.

Pintu Gerbang Kampung Malaysia Raya

Dengan keunikan cerita Kampung Malaysia Raya ni, kami telah mengambil keputusan untuk mengambil sejarah Kampung Malaysia Raya sebagai kajian kami dalam subjek Kenegaraan Malaysia. Kami terdiri daripada 6 orang ahli kumpulan telah bertemu Haji Zainuddin bin Amran selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Malaysia Raya dan juga beliau adalah anak kepada salah seorang jemaah haji yang menaiki kapal Malaysia Raya tersebut. 

Kajian kami telah divideokan dan selamat menonton.


Kampung Malaysia Raya ini juga mempunyai blognya sendiri http://kgmsiaraya.blogspot.com/. Didalam blog terdapat maklumat yang terperinci mengenai Kampung Malaysia Raya.

No comments:

Post a Comment